Sunday 22 December 2013

Tupai
Tupai ialah sejenis rodensia daripada keluarga Sciuridae yang kecil hingga sederhana saiznya. Di kawasan-kawasan yang bertuturan bahasa Inggeris, tupai biasanya merujuk kepada spesies-spesies Sciurus dan Tamiasciurus, iaitu tupai-tupai pokok yang berbulu lebat ekornya dan yang berasal dari Asiabenua Amerika dan Eropah, kecualiIreland. Genus-genus yang serupa boleh didapati di Afrika. Keluarga Sciuridae juga merangkumi tupai terbang serta tupai di atas tanah seperti tupai tanahanjing prairie, dan woodchuck. Ahli-ahli keluarga Anomaluridae kadangkala disalah anggap sebagai "tupai terbang berekor sisik", walaupun ia tidak berhubungan rapat dengan tupai sebenar.Baca Seterusnya


Tikus
Tikus adalah mamalia yang termasuk dalam suku MuridaeSpesies tikus yang paling dikenal adalah mencit (Musspp.) serta tikus got (Rattus norvegicus) yang ditemukan hampir di semua negara dan merupakan suatu organisme model yang penting dalam biologi; juga merupakan hewan peliharaan yang populer. Baca seterusnya





Kongkang
Kongkang (bahasa InggerisSlow Loris) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Kongkang merupakan salah satu dari tiga spesies loris yang dikelaskan dalam genus NycticebusKongkang Sunda(Nycticebus coucang), Kongkang Bengal (Nycticebus bengalensis) dan Kongkang Kerdil (Nycticebus pygmaeus). Primate Strepsirhini bergerak perlahan ini terdapat dari Borneo dan selatan Filipina di Asia Tenggara, sepanjangBangladeshVietnamIndonesiaIndia (Timur laut India, Bengal), selatan China (kawasan Yunnan), dan Thailand. Mereka diburu kerana mata mereka yang besar, yang bernilai dalam perubatan tradisi tempatan, menjadikan mereka dalam daftar spesies terancam.[1] Nama Indonesia adalah malu malu.[2] Spesies Kerdin disenaraikan sebagai terancam oleh Perkhidmatan Haiwan Liar dan Perikanan Amerika Syarikat.[3] International Union for Conservation of Nature and Natural Resources Red List of Threatened Species mengelaskan Kongkang Jawa sebagai spesies terancam dan semua spesies kongkang lain sebagai lemah.Baca seterusnya

Kelawar
Kelawar adalah daripada susunan Chiroptera. Kelawar terbahagi kepada dua iaitu Keluang (Megabats) dalam sub-susunan Megachiroptera, dan kelawar (bahasa Inggeris microbat) dalam sub-susunan Microchiroptera. Fosil kelawar terawal dikelaskan sebagai Icaronycteris.
Kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang telah berubahsuai dan mempunyai keupayaan untuk terbang sepertiburung. Walaupun terdapat mamalia lain seperti tupai terbang yang mampu bergerak melalui udara, tupai terbang hanya mampu meluncur dan bukannya benar-benar terbang. Terdapat lebih kurang 1,000 spesies kelawar yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk di dunia. Secara kasar kelawar dibahagikan kepada dua sub-susunan (suborder) iaitu 175 spesies keluang (kelawar besar-megabats) yang membentuk suborder Megachiroptera, dan kelawar (kelawar kecil-microbats). Kedua dua suborder kelawar membentuk keluarga kelawar yang terdiri daripada 1 keluarga keluang yang terdiri daripada 42 genus dengan 150 spesies, dan 16 keluarga kelawar. Kelawar-kelawar ini mempunyai makanan khusus yang terdiri daripada buah-buahan, serangga, dan darah. Kebanyakan kelawar didapati di kawasan basah tropika, tetapi kelawar juga terdapat di kebanyakan bahagian dunia kecuali dikawasankutubpulau yang terpencil, dan di pergunungan yang tinggi. Baca seterusnya

Pelanduk
Pelanduk atau kancil adalah nama umum bagi sekelompok hewan menyusui (mamalia) berkuku genap yang tergolong ke dalam marga Tragulus. Pelanduk adalah anggota keluarga Tragulidae, berkerabat dekat dengan kijang dan rusa.
Nama ilmiah marga ini, Tragulus, berasal dari gabungan dua kata. Yakni tragos, dari bahasa Yunani yang berarti ‘kambing’, dan akhiran –ulus dari bahasa Latin yang berarti ‘kecil’. Ini sesuai dengan keadaan tubuhnya yang kecil, yang pada usia dewasa ukurannya kurang lebih sama dengan kelinci. Pelanduk berhabitat di hutan hujan tropis Asia Tenggara, termasukIndonesia, dan hewan ini termasuk salah satu ungulata terkecil di dunia. Dalam bahasa Inggris dikenal sebagai mouse-deeratau chevrotain; kata yang akhir ini sebetulnya dipinjam dari bahasa Perancis. Baca seterusnya

Musang
Musang adalah nama umum bagi sekelompok mamalia pemangsa (bangsa karnivora) dari suku ViverridaeHewan ini kebanyakan merupakan hewan malam (nokturnal) dan pemanjat yang baik.
Yang paling dikenal dari berbagai jenisnya adalah musang luwak (Paradoxurus hermaphroditus). Musang ini biasa hidup di dekat pemukiman, termasuk perkotaan, dan sering pula didapati memangsa ayam peliharaan di malam hari. Baca seterusnya


Musang Linsang
Musang Linsang (bahasa InggerisBanded Linsang) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnyaPrionodon linsang[1]
Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya "mega diversity" dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebratdarat, lebih 150,000 spesies invertebrat, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikanlaut. Baca Seterusnya


Landak
Landak adalah hewan pengerat (Rodentia) yang memiliki rambut yang tebal dan berbentuk duri tajam. Hewan ini ditemukan di Asia, Afrika, maupun Amerika, dan cenderung menyebar di kawasan tropika. Landak merupakan hewan pengerat terbesar ketiga dari segi ukuran tubuh, setelah kapibara dan berang-berang. Hewan ini agak "membulat" serta tidak terlalu lincah apabila dibandingkan dengan tikus. Karena rambut durinya, hewan lain yang mirip namun bukan pengerat, sepertihedgehog dan landak semut (Echidna), juga dikenali sebagai "landak".Baca seterusnya





No comments:

Post a Comment